Wednesday, February 1, 2012

Penyebaran KSSR Tahun 2 / 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan diperluaskan kepada murid-murid tahun 2 pada tahun 2012.  semua guru yang mengajar Tahun 2 perlu mengaplikasikan segala kurikulum yang telah diperincikan semasa kursus penyebaran ini dilaksanakan. Anda boleh berhubung dengan guru-guru yang dipertanggungjawabkan menghadiri kursus tersebut. KSSR ini dilaksanakan dan mempunyai 2 komponen terpenting iaitu pelaksanaan standard kurikulum dan pentaksiran. Murid-murid akan dinilai berdasarkan band-band yang telah ditetapkan. pentaksiran murid dinilai secara formatif dan sumatif dan ditandaaras dengan ( menguasai / tidak menguasai ) Sebagai menentukan dan memastikan murid-murid mencapai sesuatu band yang ditentukan, maka pembinaan instrumens yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kecekapan murid akan dibuat oleh guru-guru subjek. Pentaksiran ini akan direkod dan diisi secara atas talian bagi setiap bulan atau setiap 2 bulan mengikut kesesuaian masa dan guru. Guru-guru dibekalkan dengan modul-modul pengajaran dan standard prestasi yang diselaraskan diseluruh negara. Pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak-pihak tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...