Sejarah Sekolah

Maklumat Asas Sekolah

a. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam
b. Alamat : 76400 Tanjung Kling, Melaka.
c. Kod Sekolah : MBA 2025
d. Keluasan Sekolah : 2 e. 3 r. 23.5 p.
e. No. Telefon : 06 – 3511160
f. e – mail : skkamponggelam@gmail.com
g. Home page : http://skkamponggelam.blogspot.com
h. Guru Besar : En. Md Yusof bin Baba
i. GPK 1 : Pn. Hjh. Maznah bt Salleh
j. GPK HEM : En Maizan bin Mohamed Khalil
k. GPK KOKU : Pn. Poh Siew Lan
l. GPK Pend. Khas : Pn. Fauziah bt. Ahmad
m. Bilangan Guru : Lelaki - 16 Perempuan - 52 Jumlah - 68
n. Bilangan Murid : Lelaki - 530 Perempuan - 500 Jumlah - 1 030
o. Bilangan Kelas : 28 buah
p. Kakitangan Bukan Guru :
Ketua Pembantu Tadbir : 1
Pembantu Tadbir : 3
PAP : 1
PPM : 4
FT 17 : 1
Jumlah : 10


Latar Belakang SK Kampong Gelam

Pembinaan sekolah bermula pada tahun 1884 dengan nama Sekolah Melayu Kampong Gelam, di atas arahan Pengelola Sekolah Melayu pada masa itu iaitu Tn. Hj. Abdul Jalil. Bangunan pertama sekolah ini hanya berdinding papan, berlantaikan tanah

dan beratap nipah. Jumlah murid pada ketika itu cuma 50 orang dengan 3 orang guru sahaja. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Sahudin.
Pada tahun 1889, sekolah pertama ini telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan berbentuk baru. Tiang batunya dibina cuma setinggi 4 kaki. Atapnya daripada genting dan berdinding separuh sahaja. Jumlah murid pada ketika itu telah mencapai 100 orang. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat pada masa itu ialah:
1. Cikgu Khamis
2. Cikgu Hassan
3. Cikgu Md. Saad
4. Cikgu Husin
5. Cikgu Baba
6. Cikgu Salleh
7. Cikgu Maarof
Pada tahun 1928 pula, sebuah bangunan sekolah yang lebih baik telah didirikan iaitu bangunan dua tingkat; bertiang batu penuh, memiliki tingkat berkekisi, beratap genting, berlantai simen pada tingkat bawah dan berlantai kayu / papan pada tingkat atas. Tingkat bawahnya tidak berdinding dan yang kelihatan cuma tiang-tiang batunya sahaja. Sebuah rumah guru telah dibina di dalam kawasan sekolah. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat pada ketika itu ialah:
1. Cikgu Rahman bin Nayan
2. Cikgu Baba bin Omar
3. Cikgu Zainal bin Yusof
4. Cikgu Jaafar bin Alang
5. Cikgu Hj. Haron bin Hj. Ali
6. Cikgu Md. Amin bin Md. Saad
7. Cikgu Ismail bin Hj. Md. Nor
8. Cikgu Ismail bin Hj. Md. Som
9. Cikgu Md. Amin bin Ab. Hamid
10. Cikgu Latif bin Bujang
Pada tahun 1956, sekolah telah mendapat bangunan tambahan 4 bilik darjah dan dua buah rumah guru berkembar. Bangunan rumah guru ini telah diubah suai kepada sebuah bilik untuk Kemahiran Hidup dan sebuah lagi kepada Bilik Muzik.
Pada tahun 1975 pula, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan batu dua tingkat yang boleh menampung sembilan buah bilik darjah.
Mana kala pada tahun 1988 pula, sekolah telah mendapat sebuah lagi bangunan batu empat tingkat bagi menggantikan bangunan lama iaitu bangunan tahun 1928 dan tahun 1956 yang telahpun dirobohkan.
Antara Guru Besar yang telah berkhidmat sejak daripada tarikh tersebut ialah:
1. Tn. Hj. Hashim bin Rauf
2. Tn. Hj. Husin bin Kassim
3. Tn. Hj. Omar bin Muhammad
4. Tn. Hj. Othman bin Hj. Samat PBM, PBB
(01.01.1989 - 30.09.1989)
5. Tn. Hj. Md. Yasin bin Hj. Ab. Ghani
(01.10.1989 - 15.08.1991)
6. Tn. Hj. Ab. Kahar bin Dato’ Tamby Chik PMC, BKT, PJK
(16.08.1991 - 02.01.1997)
7. Tn. Hj. Hamzah bin Omar
(03.01.1997 - Mac 1998)
8. En. Hamzah bin Othman
(April 1998 - 2001)
9. Tn. Hj. Yaakub bin Othman
(2001 - 2003)
10. En. Mohd. Saat bin Hj. Latiff
(2003 - 2006)
11. Tn. Hj. Nasir bin Hj. Omar
(3.1.2007 - 16.9.2007)
12. En. Md. Isa bin Hj. Ahmad
(2008 – April 2009)
13. Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar
(Mei 2009 -April 2011
14. En. Md Yusuf bin Baba
(April 2011 - kini )

Pada bulan Julai 1998, sebuah bangunan tiga tingkat telah mula didirikan beserta sebuah padang tambahan. Bangunan ini mempunyai 11 buah bilik darjah, sebuah bilik Pendidikan Khas, sebuah Makmal Sains, sebuah Makmal Komputer dan 5 buah stor. Bangunan ini telah siap dan mula digunakan pada bulan Jun 1999. Bangunan tambahan ini telah berjaya mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di sekolah ini. Oleh itu pada bulan Julai 1999, pengurusan sekolah ini telah ditukarkan kepada sistem satu sesi sepenuhnya.

Pada bulan Januari 2000, sebuah kelas Pendidikan Khas telah diwujudkan di sekolah ini. Kelas ini mempunyai 18 orang pelajar yang diasuh oleh dua orang guru. Ia terletak di aras bawah blok C hasil daripada pengubahsuaian dua buah kelas. Pada bulan Januari 2001, pelajarnya telah bertambah kepada 27 orang dan dikendalikan oleh empat orang guru. Kehadiran kelas ini telah berjaya membantu para pelajar istimewa yang tidak dapat mengikuti sistem pembelajaran biasa.

Pada Disember 2002, sebuah makmal komputer dengan kelengkapan 22 buah komputer telah siap dibina di padang B. Makmal ini telah beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003. Makmal komputer di blok C pula telah dijadikan Pusat Akses Sekolah mulai tahun 2007 dengan kapasiti 10 komputer. Mulai Jun 2009, ruang di antara blok B dan blok C telah dipasang bumbung. Susur gajah dan tempat menunggu bas untuk murid-murid telah dibina.

Penambahan kelengkapan prasarana dari semasa ke semasa di sekolah ini akan dapat mempertingkatkan keselesaan dan keberkesanan pembelajaran murid-murid. Hal ini akan dapat membantu pihak sekolah dalam usaha mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.

 Januari 2010 seluruh kawasan sekolah adalah WiFi zone. Pada tahun 2010 dan 2011 dalam Penarafan Pembudayaan Teknologi Sekolah (SSQS) pihak sekolah telah mencapai 5 bintang, manakala Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (IPQSS) mencapai 5 bintang bagi tahun 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...