Friday, October 22, 2010

Majlis Program Sokongan Didikan Powertek II

Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Program Didikan Powertak II. Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan program ini. Diharapkan dari program yang ditaja oleh Powertek ini memberi manfaat kepada pelajar. Powertak juga telah berbesar hati menyumbangkan 4 buah penghawa dingin untuk Pusat Sumber Sekolah. Alat penghawa dingin itu telah dipasang sebelum majlis itu diadakan. Ketua Menteri Melaka dan tetamu kehormat telah menjamu selera di Pusat Sumber Sekolah. Terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat.

Thursday, October 14, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Jadual Tahun 1, 2 & 3
25.10.2010
BM Kefahaman
BM Penulisan

26.10.2010
Matematik
B. Inggeris

27.10.2010
Sains
Bahasa Arab

28.10.2010
Jawi
PJK
Matematik

29.10.2010
P. Islam
P. Seni Visual

Jadual Tahun 4, 5 & 6
25.10.2010
Kajian Tempatan
P. Sivik Kenegaraan
Kemahiran hidup

26.10.2010
BM Kefahaman
BM Penulisan
Matematik K2

27.10.2010
Matematik K1
P. Muzik
P. Islam / P. Moral

28.10.2010
Sains
B. Inggeris K1
B. Inggeris K2

29.10.2010
P. Seni Visual
PJK
B. Arab

Wednesday, October 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Majlis Hari Raya Peringkat sekolah ini telah diadakan pada 28 September 2010. Pelajar sangat seronok kerana dapat memakai pakaian hari raya yang pelbagai warna dan fesyen.Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua warga dan alumni Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam..dan tahniah berjaya menghadapi setiap dugaan di bulan puasa..

Hari Usahaniaga 2010



Hari Usahaniaga yang diketuai oleh Pn Noorhayati bt Ahmad telah diadakan pada 5 Oktober 2010 bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Pelbagai gerai diadakan seperti makanan dan minuman, rumah hantu, permainan dalaman, permainan komputer, karaoke, jumble sale dan banyak lagi. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Hari Usahaniaga Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam tahun 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...