Tuesday, June 17, 2014

Adik Noor Nabihah bt Fuad Goh berjaya dalam Ujian Saringan UKM1-PERMATA PINTAR

Tahniah diucapkan kepada satu-satunya pelajar tunggal SKKG yang berjaya dalam Ujian Saringan UKM1 untuk Program PERMATA PINTAR. Didoakan semoga adik Noor Nabihah berjaya dalam menjalani Ujian Saringan UKM2 yang akan diadakan di JPN Melaka pada 24 Jun 2014 nanti. Selamat berjaya!!!!
Noor Nabihah bt Fuad Goh

Perpustakaan Berwajah Baru




Selamat Datang ke perpustaan sekolah SKKG. Sekarang perpustakaan diberi nafas baru, berwajah baru, susun atur kerusi meja yang baru. Semoga segala usaha yang dijalankan oleh guru perpustakaan iaitu Pn Sharmiza bt Yasin dan Pn Izamidah bt Ismail dapat menarik para pelajar seronok datang ke perpustakaan.

Pasukan Kriket SKKG Naib Jojan Kebangsaan lagi....

Para peserta bergambar kenangan selepas penyampaian hadiah
Tahniah kepada pasukan Kriket Sekolah yang mendapat Naib Johan dalam Kejohanan MSSNM 2014. Tahniah juga kepada Cikgu Rahmat Shah b Sekbon dan Cikgu Fauzi b Mohd Taha yang bertungkus-lumus melatih dan menguruskan pemain kriket ini. 4 orang pemain kriket SKKG telah terpilih sebagai wakil pemain kriket untuk Negeri Melaka.

Wednesday, January 8, 2014

Selamat Datang Pelajar Tahun 1, 2014

Hari pertama persekolahan.....

Tuesday, May 14, 2013

Tema Hari Guru 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga SKKG dan semua pendidik.

SSQS SKKG Mencapai 5 Bintang Tahun 2013

Tahniah diucapkan kepada Unit Pembestarian Sekolah yang telah mencapai 5 bintang dalam SSQS untuk 4 tahun berturut-turut. Semoga segala usaha membestarikan warga SKKG dapat dimanfaatkan oleh semua dan dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Pertandingan Kalam Jamaie 2013

Semoga berjaya dalam Pertandingan Kalam Jamaie 2013 di SK Bukit Beruang pada 14 Mei 2013. Terima kasih jua kepada Ustazah Noor Hidayah dan Ustazah Nor Akmawati yang telah melatih dan mempersiapkan mereka untuk pertandingan ini. Semoga berjaya...SKKG BOLEH !!!!!!!!

Lontar Peluru Menang Pingat Emas MSSNMelaka 2013

Tahniah diucapkan kepada Nurin Natasha bt Abdul Latif telah memenangi pingat emas MSSMelaka 2013 untuk acara lontar peluru 7.04meter. Syahas diucapkan....
Adik Nurin menerima sijil dan pingat dari Pn Rojaha GPK1

Monday, April 15, 2013

SKKG membantu pasukan Kriket Negeri Melaka bawah 12 tahun menjadi Naib Johan Kebangsaan..Tahniah

Alhamdulillah tahun ini SKKG dapat membantu pasukan kriket Negeri Melaka bawah 12 tahun menjadi Naib Johan Kebangsaan kategori plate seterusnya melonjakkan ranking Pasukan Kriket Melaka drp tangga ke 9 kepada tangga ke 6 drp 15 pasukan yg mengambil bahagian termasuk Labuan, amin, tahniah kpd para pemain. Tahniah kepada guru pembimbing Pasukan Kriket sekolah iaitu Cikgu Rahmat Shah bin Sekboon dan Cikgu Mohamad Fauzi bin Taha.

Tahniah Pasukan Kriket Negeri Melaka



Wednesday, September 26, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...