Tuesday, July 19, 2011

Lawatan Ukhwah dari PSS SK Terendak 1

Pusat Sumber Sekolah ,Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, telah mengadakan lawatan ukhwah PSS ke PSS SK Kampong Gelam pada 30 Jun 2011 (Khamis). Semoga dengan lawatan ini dapat bertukar-tukar fikiran dalam meningkat dan memantapkan PSS di sekolah masing-masing.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010




Tahniah kepada guru-guru yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010.

Monday, July 18, 2011

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

19 Julai 2011 (Selasa)
BM Pemahaman
BM Penulisan
Matematik Kertas 2

20 Julai 2011(Rabu)
Matematik Kertas 1

21 Julai 2011(Khamis)
Sains
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2

Kepada semua calon UPSR berusaha terus untuk maju...

Majlis Perasmian Bulan Membaca, Minggu PSS dan Pelancaran Buletin " MINDA SKKG"


Majlis diadakan pada 12 Julai 2011. Dirasmikan oleh En Musman b Saleyo, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka dan turut hadir bersama En Zaidi b Jaafar Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG05 Kampong Gelam Melaka. En Abdullah b Salam, Guru Perpustakaan dan Media(GPM) turut menyerahkan Books of Box (BB) kepada En Md Yusof bin Baba, Guru Besar, SK Kampong Gelam.
Johan perbarisan rumah sukan - Tun Mamat

Naib Johan perbarisan rumah sukan - Tun Perak


Acara Sukaneka

Kejohanan Sukan Rahunan kali ke 26 Tahun 2011 telah berlangsung pada 7 Julai 2011. Telah dirasmikan oleh YAB Datuk Ab Rahaman b Ab Karim, ADUN Pantai Kundur pada jam 3 petang di padang sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam. Beliau berharap agar sekolah terus maju dan sentiasa menjadi "No 1'. Tun Mamat telah menjuarai perbarisan rumah sukan dan diikuti Tun Perak tempat kedua. Tun Perak telah menjuarai Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 26, 2011. Semoga acara sukan tahunan sekolah ini terus melahirkan atlet negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...