Friday, March 25, 2011




Tanggal 5 April 2011 genaplah sudah 32 tahun perkhidmatan Tuan Hj. Rosli bin Hj. Abu Bakar dalam arena perguruan. Hari ini beliau telah melangkah ke arena persaraan. Satu majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung” yang penuh gilang-gemilang telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Guru Besar SKKG. Tepat jam 8.30 pagi Tuan Guru Besar telah disambut dengan paluan kompang sekolah ke Dataran Gemilang SKKG. Dalam ucapan beliau, beliau banyak menceritakan rentetan dan sejarah perkhidmatan beliau sejak awal pembabitan beliau dalam dunia perguruan. Dalam ucapan terakhirnya, Tuan Guru Besar telah mengucapkan selamat maju jaya selalu kepada semua murid SKKG dan juga guru-guru di sini. Beliau melahirkan rasa sebak dan pilunya untuk meninggalkan SKKG ini lantaran sudah begitu serasi dengan situasi dan iklim yang kondusif di sini. Harapan Tuan Guru Besar semoga prestasi sekolah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Tuan Guru Besar telah diberikan pelbagai hadiah yang istimewa oleh murid-murid dan rakan seangkatan beliau dari sekolah lain. Beliau begitu terharu dengan penghargaan yang telah diberikan. Beliau juga telah memotong kek sempena sambutan hari jadi beliau yang ke 58 tahun. Di akhir majlis Tuan guru besar telah diarak dengan menaiki kereta kuda.
Sebelah petangnya, satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Kelab Kakitangan di Hotel Equatorial, Melaka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...