Wednesday, May 12, 2010

MINGGU ICT 2010


Anjuran : JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH
Tarikh : 03 - 07 Mei 2010

Minggu ICT adalah merupakan satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembestarian Sekolah dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah di sekolah ini, sejajar dalam memenuhi trend masa kini di dalam era IT. Ia dilaksanakan bagi menyahut cita-cita murni negara untuk membestarikan sekolah. Di samping itu diharapkan program yang dijalankan ini dapat membina dan mengekalkan budaya penggunaan ICT di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan " Pendidikan Sepanjang Hayat" Program Minggu ICT ini akan dilaksanakan di sekolah ini sebagai satu program tahunan. Semoga usaha ini akan membantu penghasilan warganegara yang celik IT.

Minggu ICT ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Amir b Basar, Penolong Pengarah, ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru, Unit Pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta penetapan dan kawalan mutu. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan tetamu iringan En Hashim bin Kalil Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Kampong Gelam(PKG5)

Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya :-
+ Kuiz Program Zoom-a
+ Teka silang kata
+ Pertandingan Poster Hari Guru 2010 (guru dan murid)
+ Pameran hasil kerja pelajar
+ Pameran ICT dengan kerjasama K-ekonomi, e-melaka, Jabatan Ketua Menteri
Melaka.
+ "Sehari P&P Menggunakan Komputer"
+ Kuiz EduWebTv.
+ Kuiz online http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=kkmhkuiz-1-word-2003-

Demikianlah program-program yang telah dirancang. Pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang. Insya-Allah program Minggu ICT ini akan dilaksanakan di sekolah ini sebagai satu program tahunan. Semoga usaha ini akan membantu penghasilan warganegara yang celik IT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...