Tuesday, May 14, 2013

Tema Hari Guru 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga SKKG dan semua pendidik.

SSQS SKKG Mencapai 5 Bintang Tahun 2013

Tahniah diucapkan kepada Unit Pembestarian Sekolah yang telah mencapai 5 bintang dalam SSQS untuk 4 tahun berturut-turut. Semoga segala usaha membestarikan warga SKKG dapat dimanfaatkan oleh semua dan dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Pertandingan Kalam Jamaie 2013

Semoga berjaya dalam Pertandingan Kalam Jamaie 2013 di SK Bukit Beruang pada 14 Mei 2013. Terima kasih jua kepada Ustazah Noor Hidayah dan Ustazah Nor Akmawati yang telah melatih dan mempersiapkan mereka untuk pertandingan ini. Semoga berjaya...SKKG BOLEH !!!!!!!!

Lontar Peluru Menang Pingat Emas MSSNMelaka 2013

Tahniah diucapkan kepada Nurin Natasha bt Abdul Latif telah memenangi pingat emas MSSMelaka 2013 untuk acara lontar peluru 7.04meter. Syahas diucapkan....
Adik Nurin menerima sijil dan pingat dari Pn Rojaha GPK1

Monday, April 15, 2013

SKKG membantu pasukan Kriket Negeri Melaka bawah 12 tahun menjadi Naib Johan Kebangsaan..Tahniah

Alhamdulillah tahun ini SKKG dapat membantu pasukan kriket Negeri Melaka bawah 12 tahun menjadi Naib Johan Kebangsaan kategori plate seterusnya melonjakkan ranking Pasukan Kriket Melaka drp tangga ke 9 kepada tangga ke 6 drp 15 pasukan yg mengambil bahagian termasuk Labuan, amin, tahniah kpd para pemain. Tahniah kepada guru pembimbing Pasukan Kriket sekolah iaitu Cikgu Rahmat Shah bin Sekboon dan Cikgu Mohamad Fauzi bin Taha.

Tahniah Pasukan Kriket Negeri Melaka



Wednesday, September 26, 2012

Hari Usahaniaga 2012


Thursday, July 26, 2012

Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2012

Logo Hari Kebangsaan Tahun 2012, manakala tema pada tahun ini pula "55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati"

Monday, July 23, 2012

Program 1M1S, Senamrobik

Telah diadakan pada 11 Julai 2012. Semua pelajar dan guru melakukan aktiviti senamrobik.

Motivasi Tahun 6, 2012

Program motivasi untuk pelajar Tahun 6 telah dijalankan pada 13 Julai 2012 di dua lokasi iaitu Bilik Tayang dan PKG Kampong Gelam. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.

Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan ke 27

Kejohanan Olahraga Ke 27 sempena Sukan Tahunan 2012 telah berlangsung pada 5 Julai 2012 yang dirasmikan oleh YDP PIBG En Kamaluddin bin Niat. Pasukan Tun Ali (biru) telah merangkul johan keseluruhan sukan tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua dan berharap 1 Murid 1 Sukan dapat diteruskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...