Pada 03 September telah diadakan Majlis Persaraan untuk Pn Hjh Kamariah bt Abu Hassan di kantin sekolah.Manakala pada 17 September 2010 telah diadakan Majlis Mengenang Budi sempena persaraan Puan Hajah Kamariah bt Abu Hassan, GPK1, di Holiday Inn, Melaka.
Tahniah kepada Kelab Kakitangan SKKG yang telah berjaya mengadakan majlis dengan meriahnya.
Kepada Pn Hjh Kamariah, kami mengucapkan selamat bersara dan semoga sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
Tinggi-tinggi terbang helang, Terbang jauh meninggalkan sarang; Walau jauh pergi menghilang, Budi yang baik tetap dikenang,
Anak Cina bermain gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati.
Kuning emas masaknya padi, Air di alur mengalir tenang; Tuan seorang yang baik budi, Itulah sebab duduk mengenang.
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitulah kami kasihkan tuan.
Pada 2 Ogos 2010 SK Kampong Gelam telah diadakan Majlis Penutup Minggu PSS dan Bulan Membaca 2010. Adik Muhd. Nur Afiq bin Zolkiple daripada kelas 3 Kreatif telah muncul sebagai Tokoh NILAM Tahap 1, mana kala adik Nur Aina binti Azarudin daripada kelas 6 Progresif untuk Tahap 2. Pertandingan Membina BBM Aplikasi Komputer Antara Panitia pula telah dijuarai oleh Panitia Matematik diikuti Panitia Bahasa Inggeris sebagai Naib Johan dan Ketiga Panitia Kemahiran Hidup. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat.
Jawatankuasa Pembestarian Sekolah telah mengadakan perkembangan staff untuk guru bagi Program Photo Story 3. Program yang diadakan buat kali ke 2 kerana sambutan yang amat menggalakkan. Program tersebut diadakan di Makmal Komputer pada 30 Jun 2010 pada jam 1.10 petang. Program Photo Story ini boleh digunakan dalam P&P, dengan memasukkannya dalam Microsoft PowerPoint, youtube, facebook dan sebagainya.
Pihak Sekolah telah mengadakan Hari Terbuka perjumpaan ibu/bapa/penjaga dengan guru-guru bagi membincangkan sahsiah, disiplin dan prestasi pelajar. Perjumpaan itu telah diadakan pada 5 Julai 2010 dari jam 10 pagi hingga 1.40 ptg.
Program tahunan Bulan Membaca telah dilancarkan oleh Guru Besar Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar pada 5 Julai 2010. Program ini akan berlangsung hingga 2 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan seperti Pertandingan berkaitan pembacaan, Aktiviti Bacaan Pagi, Pertandingan Tokoh NILAM Tahap 1 dan Tahap 2 dan pameran Tokoh Novelis Muda di perpustakaan.
Persembahan Tarian Kuda Kepang Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber
Minggu Pusat Sumber telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar, Guru Besar SK Kampong Gelam pada 5 Julai 2010 dan akan berlangsung selama seminggu sehingga 9 Julai 2010. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Membina BBM Aplikasi Komputer antara Panitia Mata Pelajaran, Pertandingan Mewarna dan Melukis Kulit Buku, Pertandingan Mengarang Pantun dan Sajak Jasa Guru, Pertandingan Teka Silang Kata ICT, Pertandingan Aplikasi Power Point Murid Tahap 2 dan Rancangan Sampaikan Salam kepada Guru.