Friday, June 22, 2012
Ceramah Perdana Ustaz Dr. Zahazan b Mohamed
SK Kampong Gelam julong kalinya akan mengadakan Ceramah Perdana dengan menjemput Ustaz Dr. Zahazan bin Mohamed yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar tentang"Anakku Cemerlang, Akhiratku Gemilang".
Tuesday, June 19, 2012
Hari Terbuka 2012
Pihak Sekolah akan mengadakan Hari Terbuka perjumpaan ibu/bapa/penjaga dengan guru-guru bagi membincangkan sahsiah, disiplin dan prestasi pelajar. Perjumpaan itu akan diadakan pada 21 Jun 2012 dari jam 10.15 pagi hingga 1.00 ptg.
Labels:
hari terbuka
Tuesday, June 12, 2012
SKKG Johan Kriket Peringkat Kebangsaan Kategori Bowl 2012
Kontigen Kriket Melaka telah mendapat Johan bagi kategori Bowl bawah 12 tahun, di bawah latihan dan bimbingan En. Mohamad Fauzi dan En. Rahmat Shah sebagai pengurus. Ini merupakan pencapaian terbaik kontigen Kriket Melaka sepanjang penglibatan di Pertandingan Kriket MSSM. Seramai 7 orang pemain kriket bagi kontigen Melaka adalah dari Pusat Kg. Gelam. 4 orang pelajar SK Kampong Gelam telah mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan iaitu:-
1. Muhammad Amirul Syahmi Bin Nor Shah
2. Khairuddin Bin Mohamad
3. Mohamad Khairul Imran Bin Mohd Radzi
4. Muhammad Amsyar Bin Alias.
Tahniah kepada Jurulatih dan Pengurus Kriket SK Kampong Gelam serta pelajar yang terlibat.
Labels:
berita SKKG
Monday, June 11, 2012

Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Wan Mohammad Tarmizee yang menamatkan zaman bujangnya dengan Hanisah pada 2 Jun 2012. Moga bahagia selalu..
Labels:
berita SKKG
Thursday, May 17, 2012
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011
Tahniah kepada semua guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Semoga cikgu-cikgu terus menaburkan bakti dan jasa tanpa jemu.
Labels:
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tuesday, March 6, 2012
Pelancaran NILAM 2012, SK Kampong Gelam
Majlis Pelancaran NILAM 2012 SK Kampong Gelam diadakan pada 5 Mac 2012 (Isnin) di Dataran Gemilang, SKKG. Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Maznah bt Salleh, mantan GPK 1, SKKG. Gimik pelancaran sangat menarik di mana sebuah motosikal polis traffik dan 7 buah motosikal besar dari Kelab Marshall Malaysia memeriahkan majlis pelancaran program ini. Hadiah utama bagi Program NILAM 2012 adalah 2 buah basikal untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
Thursday, February 23, 2012
Majlis Pelantikan Pengawas 2012
Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas ICt dan Ketua Darjah 2012 telah diadakan pada 13 Februari 2012 di Dataran Gemilang, SKKG. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Rahman bin Hj. Bakar.
Labels:
berita SKKG
Saturday, February 11, 2012
Penarafan 5 Bintang IQPSS
Tahniah kepada En Abdullah Salam, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah telah menerima penarafan 5 Bintang bagi Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (IQPSS). Terima kasih jua kepada semua warga SKKG yang telah bersama-sama meningkatkan kualiti PSS.
Thursday, February 9, 2012
Wednesday, February 1, 2012
Penyebaran KSSR Tahun 2 / 2012
Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan diperluaskan kepada murid-murid
tahun 2 pada tahun 2012. semua guru yang mengajar Tahun 2 perlu
mengaplikasikan segala kurikulum yang telah diperincikan semasa kursus
penyebaran ini dilaksanakan. Anda boleh berhubung dengan guru-guru yang
dipertanggungjawabkan menghadiri kursus tersebut. KSSR ini dilaksanakan
dan mempunyai 2 komponen terpenting iaitu pelaksanaan standard kurikulum
dan pentaksiran. Murid-murid akan dinilai berdasarkan band-band yang
telah ditetapkan. pentaksiran murid dinilai secara formatif dan sumatif
dan ditandaaras dengan ( menguasai / tidak menguasai ) Sebagai
menentukan dan memastikan murid-murid mencapai sesuatu band yang
ditentukan, maka pembinaan instrumens yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan dan kecekapan murid akan dibuat oleh guru-guru subjek.
Pentaksiran ini akan direkod dan diisi secara atas talian bagi setiap
bulan atau setiap 2 bulan mengikut kesesuaian masa dan guru. Guru-guru
dibekalkan dengan modul-modul pengajaran dan standard prestasi yang
diselaraskan diseluruh negara. Pemantauan akan dilaksanakan dari semasa
ke semasa oleh pihak-pihak tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)




