Wang Bantuan Persekolahan RM100 telah diadakan di Japerun DUN Pantai Kundur. Terdapat 8 buah sekolah dalam kawasan DUN Pantai Kundur telah hadir dalam majlis tersebut dengan diiringi oleh guru besar masing-masing. Majlis telah dirasmikan oelh YG Datok Rahaman b Ab Karim ADUN Pantai Kundur.
Tarikh : 13 Januari 2015
Harti : Selasa
Masa 10.30-1.30 petang
Tempat : Dewan Japerun DUN Pantai Kundur
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Wednesday, January 14, 2015
Monday, July 23, 2012
Motivasi Tahun 6, 2012
Program motivasi untuk pelajar Tahun 6 telah dijalankan pada 13 Julai 2012 di dua lokasi iaitu Bilik Tayang dan PKG Kampong Gelam. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.
Friday, June 22, 2012
Ceramah Perdana Ustaz Dr. Zahazan b Mohamed
SK Kampong Gelam julong kalinya akan mengadakan Ceramah Perdana dengan menjemput Ustaz Dr. Zahazan bin Mohamed yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar tentang"Anakku Cemerlang, Akhiratku Gemilang".
Thursday, January 6, 2011
Sesi Persekolahan 2011 Bermula
SKKG: 3 Januari 2011.
Sudah menjadi kebiasaan perhimpunan mingguan pertama sesi persekolahan tahun baharu turut dihadiri oleh ibu bapa murid terutamanya ibu bapa murid tahun 1. Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menghantar anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan malahan ingin mengetahui serba sedikit perkembangan terkini mengenai pengurusan sekolah yang diumumkan semasa majlis perhimpunan mingguan. Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka, lagu sekolah dan lagu Wawasan Pendidikan Melaka kemudiannya diikuti ikrar Rukun Negara. Guru besar SK Kampong Gelam, Tn. Rosli bin Hj. Abu Bakar turut menyampaikan beberapa info terkini kepada ibu bapa yang hadir dan nasihat sebagai motivasi kepada murid-murid SKKG. Perhimpunan mingguan yang bermula pada jam 7.40 pagi berakhir pada jam 8.15 pagi.

Friday, October 22, 2010
Majlis Program Sokongan Didikan Powertek II
Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Program Didikan Powertak II. Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan program ini. Diharapkan dari program yang ditaja oleh Powertek ini memberi manfaat kepada pelajar. Powertak juga telah berbesar hati menyumbangkan 4 buah penghawa dingin untuk Pusat Sumber Sekolah. Alat penghawa dingin itu telah dipasang sebelum majlis itu diadakan. Ketua Menteri Melaka dan tetamu kehormat telah menjamu selera di Pusat Sumber Sekolah. Terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)