Wednesday, February 1, 2012
Penyebaran KSSR Tahun 2 / 2012
Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan diperluaskan kepada murid-murid
tahun 2 pada tahun 2012. semua guru yang mengajar Tahun 2 perlu
mengaplikasikan segala kurikulum yang telah diperincikan semasa kursus
penyebaran ini dilaksanakan. Anda boleh berhubung dengan guru-guru yang
dipertanggungjawabkan menghadiri kursus tersebut. KSSR ini dilaksanakan
dan mempunyai 2 komponen terpenting iaitu pelaksanaan standard kurikulum
dan pentaksiran. Murid-murid akan dinilai berdasarkan band-band yang
telah ditetapkan. pentaksiran murid dinilai secara formatif dan sumatif
dan ditandaaras dengan ( menguasai / tidak menguasai ) Sebagai
menentukan dan memastikan murid-murid mencapai sesuatu band yang
ditentukan, maka pembinaan instrumens yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan dan kecekapan murid akan dibuat oleh guru-guru subjek.
Pentaksiran ini akan direkod dan diisi secara atas talian bagi setiap
bulan atau setiap 2 bulan mengikut kesesuaian masa dan guru. Guru-guru
dibekalkan dengan modul-modul pengajaran dan standard prestasi yang
diselaraskan diseluruh negara. Pemantauan akan dilaksanakan dari semasa
ke semasa oleh pihak-pihak tertentu.