Wednesday, May 18, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011


Tokoh Guru 2011 - Pn Hjh Maznah bt Salleh

Guru Inovatif dan Kreatif 2011- Pn Fariza bt Sulaiman
Guru Inovatif dan Kreatif 2011 - Pn Siti Zarina bt Omar
16 Mei 2011 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dimulakan dengan perarakan guru-guru ke tapak perhimpunan dengan diiringi paluan kompang pasukan sekolah. Majlis dimulakan dengan doa oleh Ustaz Khairul Asyraf b Aripen. Seterusnya nyanyian Guru Malaysia dan ikrar guru. En Md Yusof bin Baba, Guru Besar telah menyampaikan beberapa nasihat tentang pentingnya menghormati guru tidak kira berada di mana jua berada. Manakala perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh En Nor Rahman bin Mohd. Perhimpunan berakhir dengan acara memotong kek sumbangan Pn Roslizanawati bt Mat Nayan. Acara seterusnya ialah nyanyian dari guru-guru dengan diiringi band Gelam Roses di bawah pimpinan En Wan Jazrin bin Wan Jaafar dan En Hafidz bin Abdullah. Acara nyanyian diselangi dengan acara 'indoor game'.
Pada sebelah petang pula Sambutan Hari Guru diadalan di Everly Resort bermula jam 3 petang. Tetamu kehormat YB Datok Ir Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, telah dijemput bagi bersama-sama meraikan majlis tersebut. Terima kasih jua tidak terhingga pada Yang Berhormat yang telah menaja majlis Sambutan Hari Guru 2011.
Sempena Hari Guru 2011, Pn Hjh Maznah telah diumumkan sebagai Tokoh Guru 2011. Manakala Guru Inovatif dan Kreatif pula ialah Pn Fariza bt Sulaiman dan Pn Siti Zarina bt Omar. Tahniah diucapkan kepada guru-guru tersebut. Majlis berakhir dengan memotong kek sumbangan YB Datok Ir Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.



Monday, April 25, 2011

Tema Hari Guru 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku urus setia pemilihan tema hari guru Tahun 2011 telah bersetuju memilih tema hari guru tahun 2011 ialah 'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Friday, April 22, 2011

Perkhemahan Pengakap Istemewa Peringkat Negeri Melaka 2011


Seramai 3 orang iaitu Muhammad Khairi bin Mohamad Yatim, Muhammad Shamir b Shaari dan Putera Zulkarnain bin Norbi dari Pendidikan Khas SKKG telah menyertai program perkhemahan 3 hari mulai 19 April hingga 21 April 2011. Pelajar-pelajar didedahkan tentang pelbagai kemahiran dan ilmu pengakap istemewa seperti ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, kawad kaki dan sebagainya.

Program Susu 1 Malaysia


Susu 1 Malaysia!!!

Mulai 20 April 2011 setiap pelajar luar bandar akan terlibat dalam program susu 1 Malaysia di mana semua pelajar akan mendapat 2 kotak seminggu. Pelajar-pelajar didedahkan dengan makanan sihat oleh GPK HEM En Maizan b Mohamed Khalil. Beliau juga meminta agar pelajar tidak membawa pulang ke rumah untuk mengelakkan susu terdedah kepada cahaya matahari atau kepanasan yang akan menyebabkan susu terbabit rosak.

Program Klinik Kriket 2011

Pelajar sedang belajar teknik-teknik permainan kriket

Cikgu Sukuri mengetuai aktiviti regangan sebelum latihan dijalankan.

SK Kampong telah menganjurkan klinik kriket sekolah rendah dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Seorang jurulatih bertaraf antarabangsa dari negara Sri Lanka yang telah ditaja oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk memberi pendedahan awal tentang teknik-teknik permainan kriket bagi sekolah rendah. Di samping itu juga dapat memberi input secara tidak langsung tentang kejurulatihan kriket kepada guru-guru kriket sekolah SKKG. Pelajar-pelajar yang terpilih hingga ke peringkat negeri akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah projek kriket antarabangsa seperti SM Victoria, SMT Kajang dan lain-lain serta boleh memohon biasiswa pelajaran Majlis Sukan Negara Malaysia.

Tuesday, April 12, 2011

Selamat Datang Guru Besar baru SKKG



Selepas persaraan Tn Hj Rosli bin Abu Bakar pada 5 April 2011, En Md Yusof bin Baba telah melaporkan diri sebagai Guru Besar SKKG yang baru yang sebelum ini bertugas di SK Kem Terendak, Melaka.

Friday, March 25, 2011




Tanggal 5 April 2011 genaplah sudah 32 tahun perkhidmatan Tuan Hj. Rosli bin Hj. Abu Bakar dalam arena perguruan. Hari ini beliau telah melangkah ke arena persaraan. Satu majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung” yang penuh gilang-gemilang telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Guru Besar SKKG. Tepat jam 8.30 pagi Tuan Guru Besar telah disambut dengan paluan kompang sekolah ke Dataran Gemilang SKKG. Dalam ucapan beliau, beliau banyak menceritakan rentetan dan sejarah perkhidmatan beliau sejak awal pembabitan beliau dalam dunia perguruan. Dalam ucapan terakhirnya, Tuan Guru Besar telah mengucapkan selamat maju jaya selalu kepada semua murid SKKG dan juga guru-guru di sini. Beliau melahirkan rasa sebak dan pilunya untuk meninggalkan SKKG ini lantaran sudah begitu serasi dengan situasi dan iklim yang kondusif di sini. Harapan Tuan Guru Besar semoga prestasi sekolah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Tuan Guru Besar telah diberikan pelbagai hadiah yang istimewa oleh murid-murid dan rakan seangkatan beliau dari sekolah lain. Beliau begitu terharu dengan penghargaan yang telah diberikan. Beliau juga telah memotong kek sempena sambutan hari jadi beliau yang ke 58 tahun. Di akhir majlis Tuan guru besar telah diarak dengan menaiki kereta kuda.
Sebelah petangnya, satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Kelab Kakitangan di Hotel Equatorial, Melaka.




Thursday, March 3, 2011

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama UKM1 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2011.

Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

Friday, February 18, 2011

Penarafan 5 Bintang dalam SSQS 2010

Guru Besar Tn Hj Rosli b Abu Bakar dan sijil 5 Bintang SSQS
P&P di dalam kelas menggunakan internet
Stesyen Wifi Komuniti

27 Jan 2011 - Sekalung tahniah untuk Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam yang telah mendapat panarafan 5 bintang SSQS (Smart School Qualification Standards). Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT penggunaan ICT di sekolah. Penarafan 5 bintang ini adalah hasil usaha dan kerjasama antara pihak pentadbir, PSS, Pembestarian Sekolah, guru-guru, murid-murid dan staf sokongan bagi mencapai tahap kualiti yang ditentukan.

Thursday, January 6, 2011

Sesi Persekolahan 2011 Bermula

SKKG: 3 Januari 2011.
Sudah menjadi kebiasaan perhimpunan mingguan pertama sesi persekolahan tahun baharu turut dihadiri oleh ibu bapa murid terutamanya ibu bapa murid tahun 1. Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menghantar anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan malahan ingin mengetahui serba sedikit perkembangan terkini mengenai pengurusan sekolah yang diumumkan semasa majlis perhimpunan mingguan. Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka, lagu sekolah dan lagu Wawasan Pendidikan Melaka kemudiannya diikuti ikrar Rukun Negara. Guru besar SK Kampong Gelam, Tn. Rosli bin Hj. Abu Bakar turut menyampaikan beberapa info terkini kepada ibu bapa yang hadir dan nasihat sebagai motivasi kepada murid-murid SKKG. Perhimpunan mingguan yang bermula pada jam 7.40 pagi berakhir pada jam 8.15 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...