Pelajar sedang belajar teknik-teknik permainan kriket |
Cikgu Sukuri mengetuai aktiviti regangan sebelum latihan dijalankan. |
SK Kampong telah menganjurkan klinik kriket sekolah rendah dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Seorang jurulatih bertaraf antarabangsa dari negara Sri Lanka yang telah ditaja oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk memberi pendedahan awal tentang teknik-teknik permainan kriket bagi sekolah rendah. Di samping itu juga dapat memberi input secara tidak langsung tentang kejurulatihan kriket kepada guru-guru kriket sekolah SKKG. Pelajar-pelajar yang terpilih hingga ke peringkat negeri akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah projek kriket antarabangsa seperti SM Victoria, SMT Kajang dan lain-lain serta boleh memohon biasiswa pelajaran Majlis Sukan Negara Malaysia.