Thursday, February 23, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas 2012

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas ICt dan Ketua Darjah 2012 telah diadakan pada 13 Februari 2012 di Dataran Gemilang, SKKG. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Rahman bin Hj. Bakar.

Saturday, February 11, 2012

Penarafan 5 Bintang IQPSS

Tahniah kepada En Abdullah Salam, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah telah menerima penarafan 5 Bintang bagi Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (IQPSS). Terima kasih jua kepada semua warga SKKG yang telah bersama-sama meningkatkan kualiti PSS.

Thursday, February 9, 2012

PENARAFAN SSQS 2011 - 5 BINTANG

Penarafan Tahap Pembudayaan Teknologi DI Sekolah telah mendapat 5 Bintang.

Wednesday, February 1, 2012

Penyebaran KSSR Tahun 2 / 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan diperluaskan kepada murid-murid tahun 2 pada tahun 2012.  semua guru yang mengajar Tahun 2 perlu mengaplikasikan segala kurikulum yang telah diperincikan semasa kursus penyebaran ini dilaksanakan. Anda boleh berhubung dengan guru-guru yang dipertanggungjawabkan menghadiri kursus tersebut. KSSR ini dilaksanakan dan mempunyai 2 komponen terpenting iaitu pelaksanaan standard kurikulum dan pentaksiran. Murid-murid akan dinilai berdasarkan band-band yang telah ditetapkan. pentaksiran murid dinilai secara formatif dan sumatif dan ditandaaras dengan ( menguasai / tidak menguasai ) Sebagai menentukan dan memastikan murid-murid mencapai sesuatu band yang ditentukan, maka pembinaan instrumens yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kecekapan murid akan dibuat oleh guru-guru subjek. Pentaksiran ini akan direkod dan diisi secara atas talian bagi setiap bulan atau setiap 2 bulan mengikut kesesuaian masa dan guru. Guru-guru dibekalkan dengan modul-modul pengajaran dan standard prestasi yang diselaraskan diseluruh negara. Pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak-pihak tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...