Thursday, July 26, 2012

Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2012

Logo Hari Kebangsaan Tahun 2012, manakala tema pada tahun ini pula "55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati"

Monday, July 23, 2012

Program 1M1S, Senamrobik

Telah diadakan pada 11 Julai 2012. Semua pelajar dan guru melakukan aktiviti senamrobik.

Motivasi Tahun 6, 2012

Program motivasi untuk pelajar Tahun 6 telah dijalankan pada 13 Julai 2012 di dua lokasi iaitu Bilik Tayang dan PKG Kampong Gelam. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.

Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan ke 27

Kejohanan Olahraga Ke 27 sempena Sukan Tahunan 2012 telah berlangsung pada 5 Julai 2012 yang dirasmikan oleh YDP PIBG En Kamaluddin bin Niat. Pasukan Tun Ali (biru) telah merangkul johan keseluruhan sukan tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua dan berharap 1 Murid 1 Sukan dapat diteruskan.

Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa ......


Wednesday, July 4, 2012

Kejohanan Olahraga ke 27


Friday, June 22, 2012

Ceramah Perdana Ustaz Dr. Zahazan b Mohamed

SK Kampong Gelam julong kalinya akan mengadakan Ceramah Perdana dengan menjemput Ustaz Dr. Zahazan bin Mohamed yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar tentang"Anakku Cemerlang, Akhiratku Gemilang".

Tuesday, June 19, 2012

Hari Terbuka 2012


Pihak Sekolah akan mengadakan Hari Terbuka perjumpaan ibu/bapa/penjaga dengan guru-guru bagi membincangkan sahsiah, disiplin dan prestasi pelajar. Perjumpaan itu akan diadakan pada 21 Jun 2012 dari jam 10.15 pagi hingga 1.00 ptg.

Tuesday, June 12, 2012

SKKG Johan Kriket Peringkat Kebangsaan Kategori Bowl 2012

Kontigen Kriket Melaka telah mendapat Johan bagi kategori Bowl bawah 12 tahun, di bawah latihan dan bimbingan En. Mohamad Fauzi dan En. Rahmat Shah sebagai pengurus. Ini merupakan pencapaian terbaik kontigen Kriket Melaka sepanjang penglibatan di Pertandingan Kriket MSSM. Seramai 7 orang pemain kriket bagi kontigen Melaka adalah dari Pusat Kg. Gelam. 4 orang pelajar SK Kampong Gelam telah mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan iaitu:- 1. Muhammad Amirul Syahmi Bin Nor Shah 2. Khairuddin Bin Mohamad 3. Mohamad Khairul Imran Bin Mohd Radzi 4. Muhammad Amsyar Bin Alias. Tahniah kepada Jurulatih dan Pengurus Kriket SK Kampong Gelam serta pelajar yang terlibat.

Monday, June 11, 2012


Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Wan Mohammad Tarmizee yang menamatkan zaman bujangnya dengan Hanisah pada 2 Jun 2012. Moga bahagia selalu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...