Wednesday, January 4, 2012
Warga Baru SKKG 2012
Selamat datang diucapkan kepada Cikgu Juariah bt Mashori dan Cikgu Nor Azila bt Paiman yang telah memulakan tugas di SKKG mulai 4 Januari 2012. SKKG mengalu-alukan kehadiran warga baru, semoga semua sukses di tempat baru dan memantapkan lagi kecemerlangan sekolah.
Labels:
berita SKKG
Hari Pertama Persekolahan di SKKG
Setelah cuti persekolahan yang panjang maka tibalah saat yang ditunggu oleh ibu bapa yang mempunyai anak sulung darjah satu atau pra sekolah. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Tahun 1 dan pra sekolah.
Labels:
berita SKKG
Monday, August 22, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Lawatan Ukhwah dari PSS SK Terendak 1
Pusat Sumber Sekolah ,Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, telah mengadakan lawatan ukhwah PSS ke PSS SK Kampong Gelam pada 30 Jun 2011 (Khamis). Semoga dengan lawatan ini dapat bertukar-tukar fikiran dalam meningkat dan memantapkan PSS di sekolah masing-masing.
Monday, July 18, 2011
Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2011
19 Julai 2011 (Selasa)
BM PemahamanBM Penulisan
Matematik Kertas 2
20 Julai 2011(Rabu)
Matematik Kertas 1
21 Julai 2011(Khamis)
SainsBahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2
Kepada semua calon UPSR berusaha terus untuk maju...
Labels:
peperiksaan
Majlis Perasmian Bulan Membaca, Minggu PSS dan Pelancaran Buletin " MINDA SKKG"
Majlis diadakan pada 12 Julai 2011. Dirasmikan oleh En Musman b Saleyo, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka dan turut hadir bersama En Zaidi b Jaafar Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG05 Kampong Gelam Melaka. En Abdullah b Salam, Guru Perpustakaan dan Media(GPM) turut menyerahkan Books of Box (BB) kepada En Md Yusof bin Baba, Guru Besar, SK Kampong Gelam.
Labels:
Bulan Membaca
| Johan perbarisan rumah sukan - Tun Mamat |
| Naib Johan perbarisan rumah sukan - Tun Perak |
| Acara Sukaneka |
Kejohanan Sukan Rahunan kali ke 26 Tahun 2011 telah berlangsung pada 7 Julai 2011. Telah dirasmikan oleh YAB Datuk Ab Rahaman b Ab Karim, ADUN Pantai Kundur pada jam 3 petang di padang sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam. Beliau berharap agar sekolah terus maju dan sentiasa menjadi "No 1'. Tun Mamat telah menjuarai perbarisan rumah sukan dan diikuti Tun Perak tempat kedua. Tun Perak telah menjuarai Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 26, 2011. Semoga acara sukan tahunan sekolah ini terus melahirkan atlet negara.
Labels:
sukan tahunan
Thursday, May 26, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011
| Tokoh Guru 2011 - Pn Hjh Maznah bt Salleh |
| Guru Inovatif dan Kreatif 2011- Pn Fariza bt Sulaiman |
| Guru Inovatif dan Kreatif 2011 - Pn Siti Zarina bt Omar |
Pada sebelah petang pula Sambutan Hari Guru diadalan di Everly Resort bermula jam 3 petang. Tetamu kehormat YB Datok Ir Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, telah dijemput bagi bersama-sama meraikan majlis tersebut. Terima kasih jua tidak terhingga pada Yang Berhormat yang telah menaja majlis Sambutan Hari Guru 2011.
Sempena Hari Guru 2011, Pn Hjh Maznah telah diumumkan sebagai Tokoh Guru 2011. Manakala Guru Inovatif dan Kreatif pula ialah Pn Fariza bt Sulaiman dan Pn Siti Zarina bt Omar. Tahniah diucapkan kepada guru-guru tersebut. Majlis berakhir dengan memotong kek sumbangan YB Datok Ir Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)






