Tuesday, May 14, 2013

Tema Hari Guru 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga SKKG dan semua pendidik.

SSQS SKKG Mencapai 5 Bintang Tahun 2013

Tahniah diucapkan kepada Unit Pembestarian Sekolah yang telah mencapai 5 bintang dalam SSQS untuk 4 tahun berturut-turut. Semoga segala usaha membestarikan warga SKKG dapat dimanfaatkan oleh semua dan dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Pertandingan Kalam Jamaie 2013

Semoga berjaya dalam Pertandingan Kalam Jamaie 2013 di SK Bukit Beruang pada 14 Mei 2013. Terima kasih jua kepada Ustazah Noor Hidayah dan Ustazah Nor Akmawati yang telah melatih dan mempersiapkan mereka untuk pertandingan ini. Semoga berjaya...SKKG BOLEH !!!!!!!!

Lontar Peluru Menang Pingat Emas MSSNMelaka 2013

Tahniah diucapkan kepada Nurin Natasha bt Abdul Latif telah memenangi pingat emas MSSMelaka 2013 untuk acara lontar peluru 7.04meter. Syahas diucapkan....
Adik Nurin menerima sijil dan pingat dari Pn Rojaha GPK1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...