Friday, June 22, 2012

Ceramah Perdana Ustaz Dr. Zahazan b Mohamed

SK Kampong Gelam julong kalinya akan mengadakan Ceramah Perdana dengan menjemput Ustaz Dr. Zahazan bin Mohamed yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar tentang"Anakku Cemerlang, Akhiratku Gemilang".

Tuesday, June 19, 2012

Hari Terbuka 2012


Pihak Sekolah akan mengadakan Hari Terbuka perjumpaan ibu/bapa/penjaga dengan guru-guru bagi membincangkan sahsiah, disiplin dan prestasi pelajar. Perjumpaan itu akan diadakan pada 21 Jun 2012 dari jam 10.15 pagi hingga 1.00 ptg.

Tuesday, June 12, 2012

SKKG Johan Kriket Peringkat Kebangsaan Kategori Bowl 2012

Kontigen Kriket Melaka telah mendapat Johan bagi kategori Bowl bawah 12 tahun, di bawah latihan dan bimbingan En. Mohamad Fauzi dan En. Rahmat Shah sebagai pengurus. Ini merupakan pencapaian terbaik kontigen Kriket Melaka sepanjang penglibatan di Pertandingan Kriket MSSM. Seramai 7 orang pemain kriket bagi kontigen Melaka adalah dari Pusat Kg. Gelam. 4 orang pelajar SK Kampong Gelam telah mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan iaitu:- 1. Muhammad Amirul Syahmi Bin Nor Shah 2. Khairuddin Bin Mohamad 3. Mohamad Khairul Imran Bin Mohd Radzi 4. Muhammad Amsyar Bin Alias. Tahniah kepada Jurulatih dan Pengurus Kriket SK Kampong Gelam serta pelajar yang terlibat.

Monday, June 11, 2012


Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Wan Mohammad Tarmizee yang menamatkan zaman bujangnya dengan Hanisah pada 2 Jun 2012. Moga bahagia selalu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...