Monday, April 25, 2011

Tema Hari Guru 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku urus setia pemilihan tema hari guru Tahun 2011 telah bersetuju memilih tema hari guru tahun 2011 ialah 'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Friday, April 22, 2011

Perkhemahan Pengakap Istemewa Peringkat Negeri Melaka 2011


Seramai 3 orang iaitu Muhammad Khairi bin Mohamad Yatim, Muhammad Shamir b Shaari dan Putera Zulkarnain bin Norbi dari Pendidikan Khas SKKG telah menyertai program perkhemahan 3 hari mulai 19 April hingga 21 April 2011. Pelajar-pelajar didedahkan tentang pelbagai kemahiran dan ilmu pengakap istemewa seperti ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, kawad kaki dan sebagainya.

Program Susu 1 Malaysia


Susu 1 Malaysia!!!

Mulai 20 April 2011 setiap pelajar luar bandar akan terlibat dalam program susu 1 Malaysia di mana semua pelajar akan mendapat 2 kotak seminggu. Pelajar-pelajar didedahkan dengan makanan sihat oleh GPK HEM En Maizan b Mohamed Khalil. Beliau juga meminta agar pelajar tidak membawa pulang ke rumah untuk mengelakkan susu terdedah kepada cahaya matahari atau kepanasan yang akan menyebabkan susu terbabit rosak.

Program Klinik Kriket 2011

Pelajar sedang belajar teknik-teknik permainan kriket

Cikgu Sukuri mengetuai aktiviti regangan sebelum latihan dijalankan.

SK Kampong telah menganjurkan klinik kriket sekolah rendah dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Seorang jurulatih bertaraf antarabangsa dari negara Sri Lanka yang telah ditaja oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk memberi pendedahan awal tentang teknik-teknik permainan kriket bagi sekolah rendah. Di samping itu juga dapat memberi input secara tidak langsung tentang kejurulatihan kriket kepada guru-guru kriket sekolah SKKG. Pelajar-pelajar yang terpilih hingga ke peringkat negeri akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah projek kriket antarabangsa seperti SM Victoria, SMT Kajang dan lain-lain serta boleh memohon biasiswa pelajaran Majlis Sukan Negara Malaysia.

Tuesday, April 12, 2011

Selamat Datang Guru Besar baru SKKG



Selepas persaraan Tn Hj Rosli bin Abu Bakar pada 5 April 2011, En Md Yusof bin Baba telah melaporkan diri sebagai Guru Besar SKKG yang baru yang sebelum ini bertugas di SK Kem Terendak, Melaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...