Wednesday, May 26, 2010

Sepaktakraw - Naib Johan Negeri Melaka 2010

Tahniah untuk semua pemain dan jurulatih yang telah mengharumkan nama sekolah. Juru latih sepaktakraw En Abdullah bin Salam dan En Sukuri bin Jarno yang berusaha keras melatih pemain sepaktakraw.

Monday, May 24, 2010

Softball Perempuan - Johan Negeri Melaka 2010

Tahniah kepada semua peserta softball yang telah mengharumkan nama sekolah. Kepada jurulatih En Ali b Musa tahniah dan terus mara ke peringkat kebangsaan.

Wednesday, May 12, 2010

Hari Matematik 2010


Panitia Matematik telah mengadakan Hari Matematik pada 10 Mei 2010. Matlamat utama program ini dijalankan adalah menanamkan minat belajar Matematik de dalam diri para pelajar dengan menjadikan Matematik satu mata pelajaran yang menarik serta tidak membosankan. Program Hari Matematik telah dirasmikan oleh En Salleh bin Sawabi, Penyelia Kanan Matematik, Jabatan Pelajaran Melaka pada 10 Mei 2010 jam 8.00 pagi.

Pelbagai program telah dirancang:-
+ Kuiz matematik perasmian
+ Hafazan fakta asas dalam kelas
+ Kuiz matematik dan petak 9 dalam kelas
+ Pertandingan Rubix Cube
+ Math puzzle
+ Teka bilangan
+ Teka tinggi Guru besar
+ Jualan kad sifir
+ Pameran BBM Matematik di perpustakaan
Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang positif dalam menerapkan "Pendidikan Sepanjang Hayat"

MINGGU ICT 2010


Anjuran : JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH
Tarikh : 03 - 07 Mei 2010

Minggu ICT adalah merupakan satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembestarian Sekolah dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah di sekolah ini, sejajar dalam memenuhi trend masa kini di dalam era IT. Ia dilaksanakan bagi menyahut cita-cita murni negara untuk membestarikan sekolah. Di samping itu diharapkan program yang dijalankan ini dapat membina dan mengekalkan budaya penggunaan ICT di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan " Pendidikan Sepanjang Hayat" Program Minggu ICT ini akan dilaksanakan di sekolah ini sebagai satu program tahunan. Semoga usaha ini akan membantu penghasilan warganegara yang celik IT.

Minggu ICT ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Amir b Basar, Penolong Pengarah, ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru, Unit Pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta penetapan dan kawalan mutu. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan tetamu iringan En Hashim bin Kalil Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Kampong Gelam(PKG5)

Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya :-
+ Kuiz Program Zoom-a
+ Teka silang kata
+ Pertandingan Poster Hari Guru 2010 (guru dan murid)
+ Pameran hasil kerja pelajar
+ Pameran ICT dengan kerjasama K-ekonomi, e-melaka, Jabatan Ketua Menteri
Melaka.
+ "Sehari P&P Menggunakan Komputer"
+ Kuiz EduWebTv.
+ Kuiz online http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=kkmhkuiz-1-word-2003-

Demikianlah program-program yang telah dirancang. Pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang. Insya-Allah program Minggu ICT ini akan dilaksanakan di sekolah ini sebagai satu program tahunan. Semoga usaha ini akan membantu penghasilan warganegara yang celik IT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...